Sunday, February 1, 2009

Keperluan Fertigasi 2

Salam buat semua,
Bagi yang baru atau ingin memulakan fertigasi, mesti bertanyakan anggaran kos permulaan untuk menanam menggunakan kaedah ini. Sebagai panduan, anggaran kos permulaan adalah sekitar RM4000 bagi seribu pokok/polybag yang pertama dan setiap tambahan seribu pokok seterusnya adalah sekitar RM2000 - RM2500.
Kos pertama termasuklah keperluan dari maklumat dalam Keperluan Fertigasi 1 termasuk 6 set lengkap baja fertigasi. Setiap set baja adalah untuk 10 000 ribu liter dengan anggaran 25 kali pembajaan untuk seribu pokok.
Jangan terkejut bila melihat anggaran kos tersebut kerana pastinya agak tinggi berbanding dengan cara konvensional tetapi pulangan hasilnya amatlah lumayan jika kena caranya. Untuk pengetahuan, bukan hanya cili sahaja yang boleh ditanam tetapi tanaman lain juga boleh diusahakan seperti terung, tomato, bendi, petola, timun, tembikai madu malah kubis, sawi, daun sup dan apa sahaja jenis sayuran juga boleh ditanam. Bukan itu saja, pokok buah-buahan seperti ciku madu, limau dan sebagainya juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini cuma formulasi bajanya sahaja yang agak berbeza.
Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

1 comment:

  1. 888sport launches new poker table with $15k deposit bonus - JS Hub
    888Sport launched 김포 출장안마 its new Poker Tables today, in partnership 경주 출장샵 with 성남 출장안마 The 울산광역 출장샵 company said it will introduce its 청주 출장샵 Poker Tables today

    ReplyDelete