Salam buat semua.
Selain daripada tapak ladang/tapak tanaman, apa yang perlu disediakan bagi memulakan tanaman fertigasi ialah :
1. Tangki Air ( Polytank ) 600 liter
2. Tangki Baja - 2 buah ( 100 liter setiap 1 )
3. Pam Air ( 2HP )
4. Paip Utama ( sebaiknya paip poly 2 inci )
5. Tubing paip 13/16 mm
6. Mikro Tiub 3 mm
7. Plastik Silver Shine
8. Takungan semaian.
9. EC Meter
10.UV Polybag ( 14 x 15 )
11. Anak benih
12. Media ( sekam wap )
Saturday, January 31, 2009
Sistem Tanaman Fertigasi
Pengeluaran sayuran samada sayuran berdaun dan sayuran berbuah masih belum cukup untuk menampung keperluan domestik.Pengunaan sistem fertigasi adalah alternatif utama bagi menampung keperluan ini.Kaedah Fertigasi adalah satu kaedah alternatif yang baik dan berdaya maju.Pengurusan tanaman adalah aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman makanan khususnya penanaman secara fertigasi.
Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup.Matlamat pengurusan tanaman ialah pengeluaran konsisten dengan kualiti hasil yang tinggi pada tahap optima serta menguntungkan.Fertigasi berasal daripada perkataan fertigation (fertilizer & irrigation). Ia merupakan adalah cabang dari komponen chemigation. Boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman di mana baja(dalam bentuk larutan) diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan.Dua asa utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah alternatif mengatasi masalah penanaman. Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang.
Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah konvensional:
* Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman.
* Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan masalah penyakit.
* Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak.
* Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
* Hampir tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
* Kualiti hasil yang lebih baik.
* Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%
* Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis serangga diguna pakai.
* Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga tujuh kali ganda.
* Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Pertanian Adalah Perniagaan
Salam pengenalan.
Bidang pertanian suatu ketika dahulu merupakan bidang yang dikategorikan sebagai "kelas bawahan" atau bidang untuk orang-orang kampung. Leceh bermain dengan cangkul, tajak, tanah serta bermandikan peluh ditengah panas terik. Megah dan segak bergaya bila berkerja sebagai kakitangan kerajaan, biarpun sekadar menjadi pembantu am atau 'budak pejabat'. Tak payah berpanas, berhujan serta bertungkus lumus dengan tajak dan cangkul.
Namun begitu, saranan Pak Lah, menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan telah membuka mata dan minda seluruh masyarakat tentang kebaikan serta hikmah berbudi pada tanah. Sekarang, pertanian bukan lagi bidang yang 'selekeh' atau 'kelas bawahan' tetapi merupakan bidang yang semakin menjadi kegilaan semua masyarakat tidak kira apa pekerja mereka, pangkah atau kedudukan. Segala-galanya telah berubah dalam sekelip mata. Bidang pertanian terutama pertanian moden seperti fertigasi telah menjadi kegilaan semua golongan kerana pulangannya cukup lumayan sekiranya betul pada caranya.

Subscribe to:
Posts (Atom)